Salam perantauan kepada semua.
Aku bukan lagi di perantauan. Tetapi sudah berada di bumi Malaysia. Cuma aku pernah bergelar perantauan selama 4 tahun. Dan selama itu aku tidak berkesempatan untuk pulang ke Malaysia untuk meraikan Hari Raya bersama keluarga.
Maklumlah ketika itu aku sedang menyambung pelajaran. Dan pada tahun terakhir aku belajar, Hari Raya disambut selang seminggu selepas ujian penggal akhir pengajian. Huh! Sungguh syahdunya ketika itu. Aku tidak dapat menahan kesedihan, kerana terpaksa mengadap buku-buku kuliah yang diselang selikan dengan kad-kad ucapan Hari Raya yang kunjung tiba. Perasaan gembira bercampur-campur dengan perasaan gementar. Inilah ujian terakhir untuk aku sebelum aku dibenarkan pulang ke Malaysia.
Sedih ooo... aku rasa kau orang yang sekarang ini berada di luar negara, pastinya sedang terbayang-bayang kampung halaman. Fuh! Baru kali pertama beraya seorang diri? Janganlah bersedih sangat, tahun depan Hari Raya masih ada lagi. Kat sini aku sediakan beberapa video Hari Raya yang boleh mengembalikan diri anda seolah-olah berada di Malaysia.
Selamat Menonton...
http://www.youtube.com/watch?v=F9ACSLnHuxk
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment